Saturday 21 December 2013

Lately..

Assalamualaikum.

Baju. Gambar. Mimpi. Everything around.

;)

Tuhan tahu.

Assalamualaikum

Friday 6 December 2013

Beloved

Assalamualaikum.

She is sick. Now.

Allah, save her. Give me the opportunity to look after her.

Allah, please. Lindungi dia.

Aamiin.

*wish i can go home right now*

#teardrops

Assalamualaikum.

Tuesday 3 December 2013

Dewasa ini..

Assalamualaikum.

*entri ni dah terbengkalai berminggu2, so maybe tak hot la cite BUT do enjoy! :)*

Hai. Kali ni nk tulis lagi pasal diri sendiri. Though, mmg la selalunya pon tulis pasal diri sendiri.

Semalam aq termimpi kau. *Senyum tiga saat* Rasa sebak gak la. Sikit lagi nak nanges. Ahah.

Tak sangka la akhirnya jadi gini. Aq dah agak relationship ni mungkin akan jadi mcm ni since the first perangai yg aq buat tu.

Tapi aq ketepikan. Sebab aq sayang relationship ni. Dah nak dekat 6 tahun kot.

Dan aq tak pernah rapat dgn sesiapa selama ni.

So, aq ni ada satu sifat. Characteristic. Kriteria. Yang aq rasa ada kat aq je. Kot. Yang membezakan aq dgn org lain.

Sebab setiap orang tu ada sifat, kriteria, perangai, characteristic yg melainkan kau dgn org lain. Kalau sains kata, your own unique gene/DNA.

Aq. Oversensitive. Sensitif yang melampau.

Yang mana, sifat tu ada baik dan buruknya.

Baiknya, sebab aq dpt detect kalau org tu ada masalah. Ada perkara yg merungsingkan dia. N, in sha Allah aq dpt tolong. Dapat la jugak kot pahala free. :D

Buruknya. Ha! Ni yang panjang sikit citenya.

Bila aq dah close to someone. Or rasa someone tu close to me, aq akan cepat rasa dia tu part of me. Or part of my family. Dan bila jd cmtu, aq akan rasa bergantung dgn dorg. Dan bila aq rasa bergantung kat dorg, aq akan jd lebih sensitif dgn dorg.

Semua benda dorg kene bgtau aq. N semua benda aq akan bgtau dorg. So, kalau one side tk gtau apa2, mesti aq akan rasa down. N, this is where everything begin.

Beberapa minggu yg lepas, terwujudnya hari yang, in sha Allah aq takkan lupakan smp bila2, sbb hari tu lah, pada 21 tahun yg lepas, aq wujud kat dunia ni.

So, i've been expected wishes from my several close people. My fam, him, and the threes that i've been acknowledge them as my other part of me.

Sadly, I just got from the former two. N sadly, coz I've been too expected, too berharap, that they will remember me. Coz I didn't forget theirs once I know their birthdate.

Tertunggu tunggu jugak la hari tu. Dari midnight first, smp la midnight dh nak habis. Tapi xde sorg pon drpd tiga tu yg wish. So, I said, 'lucky me, huh?'

Then, few days after. Aq tahu dua org tu had met. N they enjoy themselves. N I didn't know that till i saw the pic. Which is hurt me the most cuz my date was on it. N hurt me more cuz i was uninvited together. Or been mentioned about the gathering. Heh. Stupid me.

That time. Fuhhh. Really make me speechless, terdiam, terkedu. How come? How come boleh lupa? Few sec later, mulelah rasa sedih, kecewa, marah, down, semua2 nya lah yang negative tu.

Tho, they still wished me. 2 of them. 1 missing. Taktau la saje je ke. Or dia memang pesen tak wish2 org ni. Rasanya yg latter tu. So, aq pon memandai la buat keputusan.

Sbb aq rasa cam. Disisih? Dipinggir? Entahlah. Tu mungkin perasaan aq. So, before merebak jadi benda lain, aq buat that decision yg effect dia smp bila2 aq takkan lupa. N in sha Allah aq takkan ulang sbb tak mungkin aq akan ada lagi 'baik' tu lagi lepas ni.

So, I've been down for about 1-2 weeks. Sumorang sini perasan. Aq pon perasan yg dorang perasan aq cmtu.Tapi aq diam. Masa tu aq just nak diam je. Just nk sorang je. Aq malas nk ckp. Takde mood. Tambah pulak pening dgn 3 program berturut dalam 3 minggu. Mmg takde masa nk pikir org lain. Pikir emo sendiri je.

So, satu hari tu,aq nampak la former schoolmate aq post something kat fb. N aq save n post pulak kat insta. N yg gurl tu marah. Of coz la marah kalau tetiba kawan jauh, tak cakap apa2. remove dr semua media yg ada. Kalau aq pon, maybe aq akan react cmtu. Nk balas, tp dah dikata

"You don't have to reply. I don't need explanation. If you want, you would do that long time ago ain't?"
So, tak ada la aq cakap apa. Skrg je la aq ckp. Tu pon sbb aq rasa nk ckp. Tp tak dituju khas utk sorg je. Aq ckp utk pengajaran dan peringatan aq in future.

The reason aq menjauhkan diri. May be called as merajuk or terasa or oversensitive or marah tak bertempat or whatever you wanna called.

TAPI. Aq jadi camni sbb aq tahu siapa aq. Aq tahu apa akan jadi kalau aq terus diam n biar. Aq tahu aq takkan mampu kawal lagi diri aq kalau benda yg serupa dgn skrg jadi lagi kat aq. So, drpd berulang kali rasa sakit, baik decide skrg kan? Tho, it hurt both side. Or maybe just my side only. :)

I've been emo for about 2 weeks n frankly, till this time still emo sbb susah nk lupa benda yg dah terjadi. Lagi susah sbb aq yg start. N aq yg end it. But aq pikir positif. In the end, we all will be alone right? No one beside. Even your fam. N fikir sumorang skrg dh busy. Dah tade mase utk org lain. Masa utk diri sendiri pon tah kemana mana, walau ada syaiton cuba nk burukkan pemikiran aq waktu tu. Takpe, takpe. Positif.

N now aq pon meneruskan la hari2 mcm biasa tanpa ada yg 'baik' disisi. Mungkin yg wujud lepas2 ni hanya 'biasa'. Tiada 'rapat' or 'baik' lagi dah. Sebab aq tahu apa akan jadi pada dorg kalau aq 'baik' or 'rapat'.

So there you are. Selesai. Finish. Panjang entri kali ni sbb ni yg terpaling mmberi kesan. Yg effect dia smp skrg tak habis lagi. Bila nak habis? *angkat bahu*

#loneranger #forever Assalamaulaikum.

Sunday 17 November 2013

Jawapan. (ala2 org dtg merisik pulokk)

Assalamualaikum. :)

Done. Lain yg aq nak maksudkan, lain yg jadi. -.-"

Its ok. Aq paham.

Kalau aq pon, aq akan buat benda yg sama.

Bukan putus kawan. Cuma dr kawan baik -> kawan sahaja.

That' better, I think. Cause I wont harm anyone again.

Just want to clarify that.

Sorry for all the things.

You dont want explanation, right? :) I wont do so.

Reasons? biarlah aq yang simpan.

Aq juga rindukan yang dulu. :) Thats all I wanna say.

Gudluck with your study. Be a good doc. Have fun with your life. May this time KEKAL smp jannah ok? :)

May Allah bless and protect you. :)

Assalamualaikum.

Friday 8 November 2013

Teng!

Assalamualaikum.

Heyya guys! So, sorry sbb lama dah tak update blog. Ahahah. Gaya budak hotsetap je kannn.

Soooo. Ada banyak benda nak cerita. Ni intro.

Enjoy! *kalau xpon, buat2 je la enjoy* ^.^

Monday 2 September 2013

Impian.

Assalamualaikum.

Aq harap kali ni berkekalan. Sebab hati aq rasa tak senang. Maaf.

Aq takut. Kau kawan. Dia pun.

Kau teman dunia akhirat. Dia pun.

Sebab aq rasa terlalu awal.

Kalau kau rasa aq marah.

Ya.

Sebab aq tengok sendiri dgn mata kepala aq how u've been suffered from the past relationship.

Dan aq taknak tengok kau mcm tu lagi.

Mungkin bukan aq yang alami.

Tapi aq faham keadaan tu.

Aq react bukan sesaja. Bersebab.

Sebab aq sayang kau dunia akhirat.

Dan sebab kalau korang gaduh, aq tak tahu nak  side belah mana. Eheh.

Aq harap. Harap sgt tu takkan berlaku.

Kalaupun terjadi, biar dengan elok.

Sorry.

Assalamualaikum.

Wednesday 14 August 2013

Travel!

Assalamualaikum.

Hai! So, ini entri yg first. I mean first yg-panjang-yg-dah-berbulan-tak-update and first yg-aq-ckpkan-lepas-entri-pepagi-buta tadi.

So, *banyak pulak so nya* ari tu masa awal2 bulan puasa. aq g satu program nih, Nama dia, Study Tour and Cultural Exchange to Indonesia : To Jakarta with Excellence

*hamek!Panjang kau nama dia*

Emm..program tu ada 29 peserta + sorang lec, our timbalan dekan to be exact. Peserta semua dari wakil persatuan FSK n SMF. Oh, FSK stands for Fakulti Sains Kesihatan. Kitorang gerak 14 Julai, balik 18, so total 5 hari aa.

Since it was done during the holy fasting month, dgn panasnya yang...Ya Rabbi! Tuhan je tahu. Semput kat situ. Balik je blik mmg pengsan. Memula kena kumpul kat kampus, malam 13 Julai sbb flight kitorang pukul 7 pagi. So, disebabkan taknak kelam kabut apa semua, Presiden SMF tuh suruh kitorang berkampung la kat LCCT tu. Ya. LCCT ye, bukan KLIA. Harap maklum.

Kat LCCT tu mmg tak dapek nak tidur la habaq hang. Yela, nak tidur mananya kalau tmpt nak landing semua org2 lain dah amek. So, aq ngn Kak Ati ngn Nad (dedua ni budak Envi) cari port, tidur kat meja kat KFC. Aq yg kaki tidur ni, mmg letak je kepala terus lelap. Tapi, dan je aq nak lena yg sungguh2 tu, yg dah nak masuk alam mimpi tu, tetiba je meja tu rsa keras la, tak selesa lah. Berpusing2 kepala nak landing sedap. Lastnya, xdpt tidur. N tgok jam pon waktu tu dah pukul 4 pg something. And, kitorang decide bangun, pegi balik kat tmpt kumpul luggage ngn bebudak lain tuh, sahur.

Masa tu makan macam apa je, sbb dah ngantok, pastu lapar, mmg x igt la kan masa makan tu. Tapi xhabes pon, sbb ade masin sikit *sorry AJK makanan*. Then, Shah (budak NADA) ajak g Oldtown sat. Minum situ. Ok la. Pastu, dah habes semua2 tu, kitorang g tukar baju. Tup tap tup tap, dah pukul 5 lebih. Ready utk subuh and depart. Oh lupa! Kitorang check in barang dulu. Limit utk sorg 7kg je, utk group 20kg. N, nak jadikan cite, masa check in, terlebih2 pulak. Tah apa dorang bawak pon, tatau la. Kitorang naik Air Asia. Ya. Air Asia. Bukan MAS ye. So, siapa2 yg dh pernah naik tahu2 je lah camana plane die yee. So, bebudak tu la yg settlekan masalah bag tu. Aq tatau pape.

Ok. Here's the interesting part. Flight pukul 7. Siapa2 yg dah penah naik flight tau kan gate bukak n close bape minit before fly, kan?  So, gate dah bukak dah 6.30, masa tu aq x aware pon *tak penah naik plane katakan* tapi Kak Ati dah ckp dah, masa tu pukul 6 lebih aa. Patutnya dah boleh masuk ni, but, well students, biasalah tgkp gmbr apa semua. Aq pon rsa lain mcm dah masa tu. So, kitorang check in la *passport* Masa kat situ aq terperasan, dia tulis, gate close 6.40. N kene pulak aq tgok jam, lagi bape minit je nk 6.40. Terus aq ckp kat dorang cepat, gate nak close dah. Aq pulak jadi org last check in.

Then, dah lepas check in, imegresen apa suma, kitorang pon berlari2 la ni g kat gate. Smp situ, ada brader n akak ni ckp 'cepat! cepat! Dah pukul berapa dah ni. Lalu lorong 85' Kitorang pon, dgn bag yg berat kat badan ni ha, lari je la ikut lorong yg brader tu ckp. Lari punya lari, tak jumpa2 jugak planenya. Dalam hati pelik dah. Mana la jln keluarnya ni. Mau la dkt 1 km kitorang lari. Aq ni pulak, mmg lepas makan *kira lepas makan la jugak, sbb gap bape jam je ngn sahur tu* tokleh lari. Nanti rasa sakit mencucuk kat pinggang. Itu pun, masa lari2 tu, aq dah semput dah. Dah hilang nafas dah habaq hang. Mmg rasa xde oksigen dah nak sedut. Mmg rasa nak pengsanlah sebab tokleh nak bernafas dah.

Masuk je plane *grup kitorang paling last masuk*, terus cari tmpt duduk. Lek lek. Tempat duduk dia pulak. Ya Rabbi. -.-" Kecik bebeno utk aq yg kaki panjang ni, tp takpe lah asal dah selamat naik. Aq duduk je seat aq. Sebelah aq couple Indonesian sbb tgok muka tau dah. Dari aq stat duduk, smp lah dah reached Jakarta tu, dorg tidur je. Aq confirm dorg Indon pn sbb stewardess tu kejutkan dorg bg ade satu kertas ni. Apa tah nama dia. Jarak nak sampai sana 2 jam, so, jam pertama xdpt lelap sbb penat lagi. N amused. Jam kedua baru dpt lelap. Dalam sempit2 tuh. Lena la jugak.

Then, bape minit before smp tuh, pilot announce. Aq yg terjaga ni, sambung balik sbb penat tak ilang lagi. Bayangkanlah,


UPDATE!

Assalamualaikum.

Hai! So, its been a while since my last post. Muehehe. Berbulan kot. Eheh. Well. Biasa aa. Busy la katakan.

So, emm. Banyak nak diceritakan. Tentang zaman sekolah. Tentang experience travel masa bulan puasa ari tu. Tentang me myself. Tentang hectic life last sem smp xdpt nak update blog. -.-"

So, stay tuned.. :)

#Assalamualaikum.

Monday 27 May 2013

Aku

Assalamualaikum

Aku rindukan aku yang dulu
Yang tiada kisah apa terjadi
Yang bahagia tak terperi

Aku kini
Bukan aku yang dulu
Aku kini
Sudah berubah
Menjadi aku yang dibenci
Dibenci aku sendiri

Kembalilah aku yang dulu
Aku rindu aku

Aku yang bisa ketawa
Bisa mengawal emosinya
Bisa ketawa dalam duka
Bisa menangis kala ria
Bisa bertahan segalanya

Aku mahu AKU

*Bersajak pulakk. Tapi ini yang aq rasakan. Perubahan yang memakan diri. Dan membinasakan mereka di sekelilingku. Maaf. Tulus. Aku*

Sunday 26 May 2013

Mungkin.

Assalamualaikum. 

MUNGKIN..

Mungkin aku yang teremosi
Mungkin aku yang terlebih fikir sendiri
Mungkin kepenatan, tekanan
Semua benda serba tak kena

Masalah kecil, dibesarkan
Perkara biasa, diremehkan

Jangan difikirkan lagi, hati
Jangan diserabutkan lagi, hati
Jangan diterlebihkan bayangannya, andaiannya
Jangan.. wahai hati

Kerana mungkin kau yang lupa padaNya
Hingga semua perasaan yang kau lalui sekarang
Petanda Dia inginkan kau dekat padaNya, kembali

Biarkan..
Biarkan mereka dahulu
Biarkan kau rawat hatimu dulu
Kerana 

"Experience is the BEST teacher"

Jangan mengharap lagi
Kerana kau tahu jawapannya
Kerna kau tahu
Pisang tidak mahu berbuah dua kali..

Kerna telah diingatkan
Berulang kali!
Jangan disandarkan harapan, gantungan pada mereka
Kerna hanya Dia
Hanya Dia..
Setia menemanimu

Ingatlah, hati


Sabarlah hati
Pujuk dirimu
Tenangkan emosimu



#Sesungguhnya,Perasaan.Itu.Hanya.Aku.Dan.Dia.Tahu ;(

Friday 10 May 2013

Assalamualaikum.

HARI INI.

Turun bawah. 11.30 am.

"Laaa. Dah beli makanan ke? :(("

"Takpe la. Nanti pergi la beli dgn dorg. Alia dh makan td."

FEELING DOWN.

Turun bawah kali kedua. 1.00 pm.

"Hang nak basuh baju ka?"

"Tak. Nak ampai"

"Ooo. Ok."

Naik atas.

"Nak pergi beli makanan ke?"

"A'ah. Nak .."

"Nak ikut."

"Ok."

"Jap eh."

Turun bawah kali ketiga. 1.25 pm.

"Macam mana nak pasang payung ni"

"Korang nak pergi beli makanan ke? Jalan kaki? Dalam kereta Alia ada payung. Ambillah."

Senyap. Hanya mereka berbicara.

"Izni ada payung?"

"Kenapa? Nak payung ke?"

"A'ah. Sha nak guna. Panas ni kan"

Naik atas.

Turun bawah. Terus kelua. Makan. Balik.

Hanya ALLAH. Dan hanya aku. Faham aku.

#feeling overly sensitive today. Hanya kerana makanan.

Dan sedang berborak dgn dia. Dengan fake-happy walau hati sebu sebak terkilan. Kalau la dia dapat rasa ke-lain-macam-an aq.

Bukan tak nak bercerita. Bukan tak nak meluah rasa. Tapi takut.

Andai cerita itu bosan. Andai cerita itu memeningkan. Andai cerita itu tidak difahami oleh pihak yg sebelah sana.


KERANA

"Hanya ALLAH. Dan hanya aku. Faham aku."


#Dan titisan jernih itu mengalir dari tubir mata yang sudah ditahan sedaya upaya agar tidak pecah. End.

Friday 26 April 2013

DUGAAN *LAGI

Assalamualaikum

Lama dah tak menulis kat sini kann? Been busy lately. And thing doesn't go so well with me, too.

A few weeks back. That someone still disturbing me despite the decision he would leave me alone. But he did not. He insist to explain why did he do that to me

*Pulak. Dah kenapa kau speaking nie izni ooi

Tapi. Aq tak balas. Aq diam je. Smp skrg. Smp bile? Tak tau. Smp penat? Smp jumpe org lain? Smp dh kawen?


THEN

This 'lovvyy mushyy dovviee' attacking me 'gain. From diff person. Yang baru je kenal aq. Yang aq pon tak penah jumpa tapi bond dgn die dgn geng2 group kitorg macam kenal sejak zaman pakai lampin dolu2.

AQ.

Pelik. Dah tang mana plak aq buat perangai semua-orang-sukakan-saya ni. Kalau orang kenal aq, tau dah ape nature aq. Attitude aq. Behaviour aq.

AND.

Aq end up tolak tepi benda tu. Sebab I used to say

 "I DIDN'T BELIEVE IN RELATIONSHIP ANYMORE"

Heh. Mesti korang igt teruk gila aq ni smp tk bg chance dh kat org. And yes. Again, I used to say

"I DIDN'T GIVE SECOND CHANCE"

*Lohh. Ape masalah minah ni. 

K2. Meh sini aq bercherita.

AQ.

Jenis yang tak boleh terima penipuan. Tak boleh terima pembohongan. Tak boleh terima janji manis. Tak terima harapan palsu. Tak terima putar belit.

Dan semua yang kat atas tu. Semua yang di mention. Semua yang ditulis.

Hanya akan berlaku kalau someone tu dh bagi aq KEPERCAYAAN. Dah bagi aq yakin kat dorg. Dah buat aq rasa 'si polan ni takkan sakitkan aq'. Dah buat aq rasa 'kita takkan jadi musuh!'

TAPI

Bila kau *'kau' di sini refer pada sapa2 yg dah kenal/kawan aq, yg nak kenal/kawan aq, yg akn(?) kenal/kawan aq buat semua2 tu, yang kat atas tu. My adviced.

" IN YOUR DREAM LAH NAK AQ KAWAN/KENAL/RAPAT
BALIK DENGAN KAU"

So, berkawan/kenal lah dengan ikhlas dengan aq. Cause I never fake in friendship. Or when I know someone. I'm just being me. 

#K.Ni.je.nk.tulis.Banyak.lagi.benanya.Tapi.tak.ingat. 

Assalamualaikum

Monday 25 March 2013

LOVE LETTERS

Assalamualaikum.

"Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga : 'Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu'. Mereka (penghuni syurga)  menjawab : 'Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, 
(yaitu) orang -orang yang menjadikan AGAMA MEREKA SEBAGAI MAIN-MAIN DAN SENDA GURAU, dan kehidupan dunia telah menipu mereka'. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami telah melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami."

(Al-A'raaf, 50-51)

Ehem. Baca ayat ni tadi. 

AND.

Bila sampai ayat yang dah di'caps lock'kan tu, terasa macam ada arus letrik mngalir. Tersentap jap. T_T

Terfikir. Selama ni, aq ade ke buat macam tu? Huhu. Antara sedar tak sedar. Mungkin. 

TAPI.

Tak terniat pon mmg betul2 nak main2kan agama. Kalau gurau2 bab hukum, halal haram, tu pon sebenarnya sebab nak perli mereka2 yang berkaitan. *gaya macam kau dah baik sangat je. -_-

PASTU.

Tanya roomate. Dia kata.

"Taklah. Benda tu bergantung pada niat. Bukan sengaja kan?"

PASTU.

Angguk2. Memang pon takde niat. Tapi. Dulu. Masa sekolah. Masa kat ostel. Masa baru lepas jemaah Maghrib. Masa tengah dengar ceramah sorang ustaz ni. Dia kata.

"Kita nak buat apa pon TAKLEH GURAU2. Nak2 bab agama ni"

Aq pon tanya la kat ustaz tu. 

"Kalau niat sebenarnya nak sedarkan kawan2? Kalau niat sebenarnya nak remind diri ni balik pasal agama? Tak boleh gak ke?"

Ustaz kata.

"TAK BOLEH"

Aq dah terkedu kat situ. Langsung takleh? Habes tu, nak tegur gaya skema ke? Ada ke orang nak dengar? Huhu. 

#Moga.Allah.bagi.petunjuk. Kawan2 pon. X)

Sunday 24 March 2013

L. E. G. A.

Assalamualaikum. :)

Ihik, Cuba tengok atas balik. Ade smiley di situ. Haaa. Apa sudah jadi, cik Izni? X)

Orait. Takmau lengah2. Mari kite ber-che-rita.

PAGI TADI.

Bangun2 je ada mesej masuk. It was from 'him'. U know who. Takyah la aq nk cakap tulis banyak2 kali. Faham2 sendiri la.

Dia kata.

"Saya akan lepaskan awak"

And I was like. 

ALHAMDULILLAH. 

Thank you Allah. You have grant my wish. Terima kasih banyak2. In sha Allah akan jadi budak yang lebih baik lagi. XP. 

Tipu la kalau kata aku tak rasa lain selain dari perasaan lega sebab takde orang dah nak kacau aq. Tu satu, Satu lagi. Mampu ke aq? Haha. Ayat bahaya tu. Nanti ada je kang yang fikir bukan2.

Takde lah. Aq fikir. Nanti, aq takde dah orang nak marah2. XD Kelaka pulop. Aq sedih gak pon ada. Sebab. Dia. Kira. Orang pertama la yang boleh takat didihkan hati aq yang selama ni takat beku kat laki. XD

Tapi. ALHAMDULILLAH. Aq doakan dia jumpe orang yang lebih baik dari aq. Doakan die skali ye kwan2, :).

SUNGGUH. Aq rasa relieve gilaa despite the fact that aq akan susah nak suka sayang balik kat orang sama macam aq suka sayang kat dia, lepas ni. 

Tapi takpa. Allah kan ada. Dia sentiasa jadi cinta hati kita, kan? :)

Rasa sekarang ni nak nanges je sebab semua yang Allah dah bagi kat aq. 

Last few weeks. Aq nak macam orang gila. Taktau nak buat apa dah dgn mamat ni. Then, aq doa. Doa kan senjata orang mukmin. Mukmin lah sangat. Pinjam ayt Mat Luthfi jap. Sorry ye bro, X) Doa yang sungguh2. Sungguh harapkan Dia kabulkan doa ini. 

Sebab rasa tak larat sangat waktu tu. Yeah, korang mesti kata. Hek eleh minah nie. Over betol. Takat kene kacau ngan ex. Apa la sangat. Yeah, u can say that. Dare u to be in my shoes. See who'll talk.

Memang masa tu rasa hati luruh(?) gilaa. Lepas dah doa, aq termenung. Memikirkan. Nak ke Allah kabulkan doa aq? Hmm. We'll see. 

AND. Beberapa hari kemudian.

ALHAMDULILLAH. x)

"Awak, kalau awak baca entri ni, saya harap awk tak kecik hati ngn apa yang sy dah penah umpat awak kat sini. Saya doakan awak jumpa orang yang baik. Saya tau kawan2 saya dan kawan2 awk pon daoakn benda yang sama. x)"

Ok. Part 'kawan' tu taktau. Haha. 

#END

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Next story.

PETANG TADI.

Tengah2 buat esemen BB, bukak la youtube. Sebab rasa2 macam nak nyanyi buat keje. XD Nasib takde bukan muhrim. Kalau dak, nahas aq. 

SEKALI.

First page dia je dah kelua group feveret aq. INFINITE. x). Yeah, its Korea. So what? Aq tak minat satu2 benda tanpa sebab. As for example, aq tak minat PSY dengan tarian kuda dia yang entahpapantah tu. Macam pervert dah aq tengok. Sorry ye peminat Gangnam Style. Silalah google kisah di sebalik lagu tu. Sebetulnya, di sebalik tempat yang diberi nama 'GANGNAM' tu.

SAMBUNG.

Dorang dah kelua lagu baru!!!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Gilaa. Aq pon dengar la. 1st lagu not bad. Memang taste aq. XD

Dengar next. Dengar lagi. Lagi. And lagi. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Lastnya, aq sengih sorang2 sampai nak meleleh air mata dengar lagu dorg kali ni. Haha. Typical girl yg minat Korea. Biasalah tu. Mesti korang cakap camni kn?

NOPE. 

Aq minat ada sebab. Dan. Aq tak minat semua ghetis tu. Aq minat 

-RUNNING MAN- sebab dorang ori. Reaction tulus ikhlas.



-INFINITE- pon sebab dorang ori. Tunjuk sapa dorang sebenarnya. N. Its just typical perangai laki yang aq suka. Suka nyakat2 tu memang bese. Kutuk2. XD That's the opposite sex character I adore much. Yang aq harap aq boleh gak wat camtu tapi tak boleh. :(


 
Ni bias(org yg kita minat) aq. x) *sebaya pulak tu. Takleh blah.


Yang ni pon. Sebab dia comel. Orang panggil dia 'HoyaBaby' 
*eew.geli.anak.tekak.korang.kan? aq pon.


Tu dua je yang aq paling minat. Yang lain2 tu takat dengar dari member2 je. Ada masa aq layan dengar. Tapi tak se-fanatik due yang atas ni. 

DAN. Aq pon. Dengan gilanya. Habis semua status aq. Dlam Fb. Dlam twitter. Abes cakap pasal dorang ni je. XD. Smpai member aq pelik. Amende sangat lah yang aq dapat sampai happy overdos. XD

TAK KISAH. Janji, waktu Allah dah bagi bahagia ni. Gunakan dengn sebaiknya. :) Terima kasih Allah. Sayang awak. <3. :)

#ok.dah.habes.ni.je.sebenarnya.nak.tulis. Annyeong!


Friday 22 March 2013

Haiwan

Assalamualaikum.

Ehem. Nak cite Psal minggu ni pye ........... em? ape ye? aktiviti? program? Benda yang hot yang berlaku lah senang.

SEMALAM.

Ada meeting post mortem pasal program Entrepreneurship Week yang ktorg buat mggu lepas.

And bla, bla, bla.

Alamak hari nk hujan. Jap. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


OK. SAMBUNG.

Pastu, dah nak dekat habeh meeting. Aini datang. Dia ni exco publisiti kitorg. :) Datang2 je terus die cakap.

"Nak nanges ah gini. Sobs."

Kitorang pon pelik. Apehal?

Then, dia cakap la. Yang dia pnya plan nk buat program charity mse ktorg mid sem nnt takleh buat. Kalau tak silap. Dia baru balik meeting TAPA masa tu. 

Kitorang pon. Kenapa?

Dia kata. 

"Dr. Hxxxxi tak kasi. Sebab dia kate apa2 akitiviti CHARITY, buat BEFORE bulan MEI
TAKLEH DILULUSKAN

Kitorang pon. What the? Apa kene mngene ngan BEFORE BULAN MEI?

Katanya.

"Kan belum MENGUNDI lagi. So, gov dah kluakan la pekeliling ke pekelalang ke hape tu cakap

"ANY CHARITY ARE FORBIDDEN DURING THAT PERIOD"

Yelah, dah namanya pon CHARITY. Jumpe ramai orang. 
Diorang takut la KOT2 nanti BUDAK2 U ni akan terINFLUENCE
dgn PENGARUH2 LUAR ni"

Aq pon hape lagi. Hangin la. Ape kene mengene charity buat tanam pokok, mandikan buaya, bersihkan kandang kuda, which is ALL ABOUT ANIMAL, no human interaction involve, except from the instructor, will affect us?!!

Apa kene mengene HAIWAN dengan MENGUNDI?!! Habaq mai sikit kat aq ni. Haihhh. Bengang lak aku.

Maafkan saya lah Dr. Kalau Dr ade terbaca bende ni ke, informer Dr. bagitau kat Dr ke. Tak kisah la dr mane pon. Ni cuma pandangan saya. Seorang PELAJAR. Seorang rakyat. Seorang yang diberikan HAK BERSUARA. 

Kita. Kena fikir di LUAR KOTAK (silalah dengar lagu ini). Jangan rigid sangat. Benda ni yang saya dapt dr program KPO ari tu n sampai sekarang sy igt. 

Saya bukan lah nak ckp Dr fikir lurus ke apa ke. Mungkin tekanan dari pihak atasan yang buat Dr masa tu tak nampak apa sebenarnya matlamat program ni. MELIBATKAN siapa tu yang lebih penting. Mohon Dr fikirkan2 semula. Saya tak berniat nak kurang ajar ke ape. Ni cuma pendapat. Program ni melibatkan haiwan, BUKAN manusia.

AND.

Aq rasa macam pelik la pulak gov ni. 

OK. 

Aq paham la musim mengundi nak dekat. Tu pon aq tatau la bilanya tarikh sebenarnya. Sebab takde kecoh2 pon. Dulu, dengar2 21/3. La ni dah 22/3 dah pon. Berita pon tak cakap pape. 

MASALAHNYA. KENAPA DORANG BUAT CAMTU. 

Fikir balik. Maybe ni sebabkan dari PRU yang dulu. Which ramai yang sokong pembangkang, n it suprised the gov.

TAPI.

Kalau betul la dorang nak rakyat undi dorg, especially STUDENTS, dorang patotnya buat lagi banyak aktiviti ke program ke amal jariah ke apa2 la yang boleh mnyebabkan students2 mcm ktorg ni, nk mlkat ngn diorang. Salah. NAK DORG YANG MEMERINTAH negara ni. 

Bukan dengan cara sekat aktiviti yang namanya 'CHARITY' yang kalau berkait ngn haiwan pon tkleh buat. Diorang lagi bijak. Lagi berpengalaman dalam hal negara berbanding aq kitorg yang seco'it ni. 

DAN. Tentu2nyalah dorang pon ada anak yang bergelar students gak. Takkan la dorang taktau effect dia pada diorang sendiri kalau diorang buat macam ni. 

Bagi aq la. Patotnya. Lagi nk dkt PRU ni, lagi la dorg kene kempen ke. Program bes2 gempak2 ke. Ni kalau dah menyekat2 ni. Parah la. 

Orang. KEBANYAKAN orang. Akan pandang benda ni as a negative thing more than positive. Termasuklah aq pon. 

Cayalah. Cuba buat survey. Tanya. Sape je yang akan kata bnde ni satu bnde yang baik. Benda yang haramkan any charity xtvt before PRU ni, bnde yang bagus. Cer buat.

Kalau ade pon, tak ramai. Cayelah. 


#haihhh.penat.mohon.la.sape2.yang.berkenaaan.pertimbangkan.balik.perkara.ni.

IT DOESN'T MAKE SENSE AT ALL. 

H.L.O.V.A.T.E

Assalamualaikum.

Ehem. Dalam sejak due menjak ni. Tiba2 aq rasa aq dah jd macam watak dalam aA+bB ngan Tunas.

YANG BEZANYA.

Aq tak kawen lagi.

Emm.

Aq bukan anak EXCO negeri. XD.

Aq xamek medic. MEDICal lab tu ye. XD.

Aq tak dmalukan dpn laki. Tapi aq dimalukan dlm tenet (?)

AND

Aq takde kembar. :)

'org' tu terus2an cari aq which is opposite dgn Benz. X)

YANG SAMANYA.

Aq disakitkan hatinya yang aq rasa amek bertahun nak sembuh dari orang yang aq ................

#ceh.cakap.macam.sama.tapi.banyak.je.bezanya. -_-

PASTU.

Terfikir. Kalau. KALAU.

Aq ade jodoh ngan org tu.

Adekah aq akn jadi macam Addin?

Entah.

" in TRUST
n
HOPE
I,
didn't give
SECOND chance"

Sunday 17 March 2013

LASER.

Assalamualaikum.

Ehem. Apsal aq rasa aq makin laser ni? Huhu.

Semalam. Aq terlepas cakap kat Machi. Aq ckp.


Pastu Machi pon tacin ngn aq. Which aq rasa, die tak tacin pon. Kan, machi kan? XP Aq tanya2. die tak jawab. Ah, sudah. Masa tu la aq rasa nak tepuk2 hantuk je kepala ni. Aq rasa die off waktu tu. Then, aq out.

Masuk balik, aq tnya. Lagi. Pastu aq scroll laaaa. Dok la tgok mamat ni ade ke tak kat twitter. Takde gak.

SEKALI.

Aq nampak die twit. Terus aq seru dia. Pastu die balas.



Ha! Hamek kau. Laser lagi mulut tangan tu. Kan dah.

FRANKLY.

Aq akn cepat rasa tak sedap kalau aq buat sumting kat org which aq rasa biasa, tapi orang tu yang tak rasa ok. Huhu. Walaupun orang tu kadang2 sebenarnya main2 je. Tapi. Entah. Aq punya level of sensitivity and alertness SANGAT lah tinggi.

Kalau ada orang tengok aq lama2, mesti aq rasa lain. Heleh, orang lain pon la. Pasan kau ni izni. Tak cukup tu, kalau orang mengata aq pon, aq dapat rasa. Eheh.

ADA LAGI.

Aq baru kenal budak sorang ni,. Yang berpuncanya dari si Ayu. Aq nmpk die tweet wish luck kat mamat tu. Sebab mamat tu wat ayat sedih.


Haha. Pastu. Aq pon ckp kat Ayu, smpkan wish aq kat dak tu. And. Berlaku la sedikit drama. Yadda, yadda, yadda. And, dia follow aq, aq follow dia.

SEMALAM.

Budak ni kata, I want to be as high as KLCC. Lebih kurang camtu la ayat die. Then, aq cakap.


Ya Allah! IZNI! Mulut tu. -.-" Kuang hasam. Terus budak tu tak cakap pape. Kot la budak tu sbnarnya, tak perasan apa aq tulis. Haihh.

Ape nak jadi la. Aq tatau camne la nk control mulut ni. Asyik lepas je cakap.

POINTNYE POST NI SEBENARNYA.

Sorry ye korang. Tak sengaja. :( Aq bukan nk minx simpati yee. Bukan jugak nak menggedik tiba2 buat ayt sorry2 banyak2 kali. I mean what I said. Kebelakangan ni mulut tak leh tapis.

#akibat gangguan dari ........ ;(

Sekian.

Wednesday 13 March 2013

;(

Assalamualaikum.

Kenapa hati ni rasa berat?
Kenapa hati ni rasa sebak?
Kenapa hati ni rasa sayu?

Apsal dia xleh move on?
Apsal aku xleh let go?
Apsal kami terlalu ego?

Aq pening.
Aq penat.
Aq lelah.
Aq mcm takleh nk bernafas.

Dah taktau apa nak buat.
Dah taktau apa nak di khabarkan.
Dah taktau apa nak disimpulkan.

Bolehkah aq? Wish me luck tonite. If the 'thing' gonna b happen tonite.

#Apalah dosa aq kat mamat tu. And again, yes, this is about the same person who hurt me so badly that I've had mentioned before.

I am.




But did not I :(

Once, I've thought this


Can I forget it? Easily?

.........


Assalamualaikum.

Nothing to say act. Tapi nak gak rasa mcm nk menulis. Hontah lah.

EH. LUPA.

Ni kan tempat aq nak meluah perasaan. DIARI BERGERAK. Biarlah korg nk ckp apa. Belog aq. Taknak bce? Move on to the next blog. Sekian. Mekaseh. :)

NOW.

Apa nk cita td? Hah! Sekarang. Dah tak macam dulu. Biasalah. Asal masuk je study. Aq pon mula lah rasa aq jauh ngn memember (?). Padahal tak sedar tu. Diorang pon sibuk. Kena pulak sume memember tu, blaja kos yg busy nya semedang.

Kadang2 rasa bersalah gak. Yelah. Asal boring. Asal ade masalah. Baru nak cherryta sila baca dgn bunyi 'cherry' ye. Baru nak cari diorang.

Kekadang rasa macam aq mempergunakan diorang. Tapi mana ada. Tulah guna memember kan? Time masalah cari. Time boring takde sape nak dengar cita kita, cari. Hee. Takkan takde pape tetiba nak halo2 diorang. Hee. Boleh je. Tapi aq tak reti la nak borak kosong ngan org. Taktau nk stat with what topic. Sorang je memember aq yg rajin wat cmtu. Tak penah kisah topup habes semata tak nk renggangkan hbungn pershabatan.

Aq pulak jenis yang lebih suka mendengar. Jarang bercerita. Tapi kalau dah masuk zaman habeskan air liur tu, meme (slang klate) susah nak stop. Pulak tu, over nye excited. XD Well. That's just me. :)

APA SEBENARNYA YANG AQ NAK TULIS NI?

Entah. Aq. Just. Nak taip je apa yang ada dalam otak direct terus masuk ke blog ni. Tu je. Nak cerita pasal kawan? Lain kali lah. Sekarang sebenarnya masa untuk study. Tapi aq pesongkan ke lain. Kerna bosan semata.


#memember = member2. sahabat. yang sangat rapat. dunia akhirat. 2 boys, 1 girl. no one can replace them

Friday 8 March 2013

Dedikasi!

Assalamualaikum..

SAJA POST BENDA LAMA DAH TULIS. XP

Minggu ni merupakan minggu yang paling memenatkan dan tak pernah2 la aq sangka aq akan jadi seorang pelajar yang sungguh berdedikasi.

14/12/12

SANGAT PENATTTT!!! Balik pukul 10.00 pm. Semuanya sebab nak siapkan agar and semua barang2 yang diperlukan utk test minggu depan. Ya Allah! Tak sangka sungguh! Paling lama pon ade kt kampus smp lpas Isyak..tu pon sebab meeting.

Semalam memang rasa tak macam orang. Dah la pagi tu kepala berdenyut2 macam hape dah..-______- dan dah la pagi tu jugak ade test CC yang aq dah buat hal dengan lec nye..huhu...ampunkan sy sir.. T__T Tapi mase test tu pale naseb la ok skit. But still buat macam sakit tahap gile. Sir dah pandang macam ape je. And yang tak boleh blah nye, aq salah jawab the first Q. T___________T Tulah kutuk lec depan2. Padan la dengan muka aq. Huhuhuhu..

Pastu sambung plak dengan kerja macam orang kerja kat kilang Microb..huhu.. xsedar langsung dah pukul 10 mase tu...memaang mase laju sangat. Dengan perut yang berkeroncong nye...dengan badan yang penat tahap.... aihhh..taktau nak cakap ape dah...Then, pergi la kedai makan kat Medan tu. Makan2..sambil tengok Maharaja Lawak yang kelakar tahap tak ingat tu. XD Sampai pukul rumah ade lah nak dekat pukul 12 jugak...Perghhhh! Memang penat sangaatttt... Mandi..bace Hlovate jap. Pastu pengsan tak sedar diri. XD

15/12/12

Hari ni pulak...ade BPC. Huuuuuuuuuuuu.. penat...Sambung dengan shooting untuk video Mandarin lagi...ngaaaaa..penatnyaaaa..Tapi tu la lumrah hidup pelajar. Kalau tak penat, bukan pelajar la namanya, kan? Sabar Izni..sabar, Kau boleh buat punya lahhh.. (Dalam hati jela.. ngeee...) Ingat matlamat hidup yang sebenarnya.

Mencapai keredhaanNya.

:)

P.U.R.P.L.E = U.N.G.U

Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Rindu. Ok. To those yg pernah melawat blog ni, or mengikuti(?) ada ke? eheh Blog ni just nukilan hati. Aq bukan budak sastera. Nor did I a sweet talker. Cuma reti meluah dalam blog bisu ni. Eheh. Merepek. 

Kelmarin. Dengar lagu 6ixth Sense. Tak igt tajuk. Tapi. Teringat seseorg. Rasa sebak. But the best thing is, tak pernah pon air yang mahal dari mata yang mahal ni, keluar sbb 'dia'. Alhamdulillah. Thanx Allah sbb tk bazirkan those tears for 'him' that is not worth it. But worth for Him. 

Penah gak pikir2 balik. At the first place. Sapa yang salah sebenarnya? Aq? Dia? 

Sebab.

Dia penah cakap something yg buat aq macam bergantung harap kat dia. At the end, it was a lie. And I end up like those volcanoes. 

Pastu. Aq pikir balik. Maybe sebab aq ni terlebih fikir. Maybe tu mmg cara dia nak express rasa syg dia kt kawan dia. Tapi. Bagi aq la, cara dia mungkin tak kena. Not for me. Kalau kat semua kawan perempuan dia kata benda yang sama, dah kompom2 la dorg sume tu rasa apa yang aq rasa. Dan dah kompom2 la dorg pon akn act the way as I did. Kan?

Yang tak bestnya sekarang. Sebabkan peristiwa tu, aq dah xleh langsung la tengok kapel2 bersayangs2 depan aq. Even my besfie. Though its not her fault. Normal la org jtuh cinta. Yang tak normal. Aq. 

Entah. Bila dgr perkataan2 yang berkaitan dengan jiwang2 ni, geli annoyed semacam. 

Baru2 ni. Dapat tau yang classmate kapel ngn batchmate which aq tak pernah terfikir la akan jd. Eheh. Don't take me wrong, hokay? Aq bukan negatif kat dorg. Tapi, sbb yg laki nya tu, perangai tak pernah la serius. Tapi kalau datang bab cintan cintun ni, ulat bulu pon akan cakap "aq surrender jd playboy". Sweet talker habes. Yg girl ni pulak, jauh beza perangai nya. Tu yang tak sangka. 

Then, dapat tahu yang dak laki ni tukar kelas mandarin, dari grup aq, msuk ke grup awek dia. 

Oh, lupa. Sekarang dah masuk 1st week sem 4 sayaaa. :) 

Aq pon apa lagi. Hangin la. Bukan sebab dorg bermanja2 ke apa ke. Masalahnya. Kelas mandarin grup aq tu dah la skit. Cukup, lebih sikit je. Kalau sorg lagi keluar, alamatnya kitorg yg tggl ni kena la campak ke either kelas kapel tu atau kelas lagi satu.

Tak sanggup aq tengok dramasastera diorang tu. Nak kapel, kapel la. Belaja, belaja. Ni tak. Kalau dah sampai menyusahkan orang, mmg tak la dapat diterima oleh akal aq yg sihat lagu ni. Haihh. Naseb la bila mamat tu keluar, bil kitorang lebih dari cukup. Tu pon lebih sorang. Kalau tak. Haihhh. Hangin aq.

Benda2 macam ni la yang buat aq makin annoyed with all this mushy lovey dovey sweety salty bitter ni. 

END. 

#pernah terfikir nak ada seseorang, but when i think about it again. NVM. I got Him. He sure does know who suits me well and who I'm suits well with. Teringat 'dia'. XD POSITIVE. 


Wednesday 27 February 2013

Tuesday 19 February 2013

Last.

Assalamualaikum.

Hai. It's been few days since my bad day. Still, I can't get rid of that thing. Been thinking about it all the time. It's hard, though. 

*wah2..speaking kau izni.. haha..k2, sambung dlm Bm plak..eheh

Aq rasa ni la first time aq rasa worst sungguh pasal result sejak2 masuk U ni. Maybe sbb aq berharap sangat  aq dpt lpas "x.00" tu kot. 

Then, bila fikir2 balik. It's start with me. Kalau aq buat dengan bersungguh2 dulu, maybe my result would be better. Not saying I'll get 4 flat. Tapi at least naik dari sem lepas. It start with 'KALAU'.

AND. Bila kenang2 zaman sem lepas tu, memang asyik mengutuk diri sendiri je. Sebab banyak masa terbuang. Banyak masa tak diluangkan lebih kepadaNya, actually. 

*ok.xpayah nak bajet alim. mesti korg fikir macam tu kan? eheh. joking

Banyak masa aq buat benda2 yang tak sepatutnya aq buat as long as I've been called 'STUDENT'. Lain org suruh buat, lain yang aq buat. Orang study, aq main2. Movies la, Running Man la *tak pasal2 RM kene..eheh Lagu la. Haihh..Tu tak termasuk termenung je, tidur je bila pantang ada masa. Meja dah siap ada utk study, sibuk nak study ats katil. Kan dah. Hah! Tambah dengan sibuk ngumpat org dlm hati. Bukan ngumpat sangat la sbnrnya, lebih pada tak puas hati dgn plkuan sstgh org. Pastu sibuk fikir 'I'm better than them.' 'At least aq tak macam kau'.'Cubalah jangan macam tu'. Dan macam22 lagi.

THEN.

I came up with an idea. Nope. IDEAS, actually.

Aq decide nak berubah. Ubah cara aq. Ubah style blaja. Ubah style hidup. Repair time management. And maybe people will think I'm weirdo, nerdie, noob whatever it called la to someone *me that will change for a better. For her dreams. For her life. For her deen. In sha Allah.   

TAPI. 

Boleh ke? Haha. Perkataan 'tapi' tu tk patut ade kan? Sebab, bila ada, dia akan buat otak jd negtif. So, segala benda yang kita plan, akan tergendala. Some will run, tapi *tengok tapi lagi maybe tak seaktif or tak seperti yang kita bayangkan. 

Tak semua 'tapi' akan buat kita fikir negatif kan? Some will make u be positive. Like, from -ve to +ve. 'Bleh ke aq buat ni TAPI kalau tk cuba taktau kan?' Things like that, happen to us. All the time. 

*dah apa kau merepek ni izni...-.-"

So, in the end, aq dah pon buat plan, list yang aq akan buat naik sem ni. Even before naik pon dah nak buat. Sebab org kate tk baik tgguhkn bnde baik kan? :)


FIGHTING! *sambil muka kerut2 dahi

Assalamualaikum. :)

Saturday 16 February 2013

.

Assalamualaikum.

Hokeh. Result dah keluar. Semalam. N baru cek ari ni.

Nak tahu lah tu aq dpat bape...Tetttt...xde maknanya aq nak post kat sini de. BUT.

DISSAPOINTED.

That's the word. Dah try. Dah usaha. Dah tawakkal. Dah jugak fikir "Lepas x.00 pon ok la." Sebab tengokkan markah kuiz, test, assgmnt yg ok je. BUT.

Again.

Allah 
              knows
everything.

Maybe aq study bukn kerana Dia. Mungkin aq belajar sebab nak naikkn pointer semata2. Heh. Serves me right, huh? Kalau dah niat tu tak betol, everything will not go the way u want it.

Sedih. Sangat. 
Sebab rasa semua ok. 
Maybe rasa over confident. 
Entah.

Speechless. BUT. 

My heart said

"TRY HARDER. 
BELIEVE 
           IN 
HIM."

Wish me luck for the next, guys. ;)

#acanodennakbagitaumakni..haihhh

Sunday 3 February 2013

:)

Assalamualaikum.

Happy birthday dude. May Allah bless. :)



#ok..sapa2 kenal..senyap! Amaran! Haha

Thursday 10 January 2013

P.A.R.A.H

Assalamualaikum..

Recently...byk terigt kat someone.. T_T Ntah nape ntah....Sedih pon ade.. Sebab dulu penah cakap dalam hati,


"I don't believe in RELATIONSHIP anymore" 


Sebabkan ada satu peristiwa yang dah kacau bilaukan aq, yang buat aq tak jadi diri aq (skjap..haha...bkn slamanya)..yang buatkan aq rasa semua lelaki sama..yang buatkan aq rasa aq la the foolish girl ever exist in the world..yang akhirnya, buatkan aku fikir

   "relationship memang COMPLICATED. I won't involve with it anymore"

TAPI.

Lepas incident tu, aq terigt balik kat someone ni. Dulu aq pye lah tak suka dia. Bukan tak suka sampai benci. I taught myself to not dislike somebody until it reach 'the hate' level. Sebabnya, mamat ni, kalau dia datang dekat je, aq rasa annoyed. Rasa menyampah. Rasa sangat aura tak suka kat dia. Padahal dia xde pon buat apa sangat kat aq. Just sakitkan hati aq je dgn ayat sinis dia tu.. --"

Sampaikan ada someone cakap kat aq. "Saya doakan lah jodoh awak dgn dia".  Menjerit sekejap aq. :D  Dah la org tu nak pergi Mekah waktu tu, boleh die cakap camtu? Doa? Mintak jodoh kitorang? Dekat Mekah? Memang harapang nak makbul tu agak tinggi la kan? --"

AND. NOW.

Aq rasa macam. MACAM. Dah suka kat mamat tu. Parah betul la. Nak kata tiap2 hari ingat kat dia. Teringat moments ngan dia. Haih. Sumpah la rasa naive n lawak gila la time gaduh2 ngan dia. Then, sekarang, bila dah xde depan mata, rindu. Rindu? uwekks.. :D

Memang seriously cakap, aq rindu kat dia. Rindu yang macam mana taktau. Tapi aq byk igtkn diri aq, rindu kawan je tu. Yelah, dah lama tak jumpa. Ade la dkt 4 tahun tak jumpe. Even ade contact jugak, tapi still rase jugak rindu tu. Haih. Dah masuk mode jiwang la plak aq ni. --"

N aq pon sedar diri gak la. Dia tu pandai, kawan2 die (which aq pon kenal) pon pndai, masing2 study luar negara, masing2 memang dapat straight A's SPM, masing2 jugak dapat pointer tinggi dalam exam, kira ada la kot sampai dean list tu. Dia tu pon anak orang, yang boleh la dikatakan, berada jugak. Aq orang biasa,

Segan la. Sape je lah aq ni nak banding ngan dia tu. Dia tak handsome pon. Dia biasa je (pada aq la.. :P) Tapi dia ade satu smile yang sweet gile. Dari dulu lagi aq suka tgok dia senyum, sebab gigi die putih je. And kalau dia senyum mesti nmpak gigi dia yang putih tu. Tu je benda yang aq suka kat dia dari time aq tak suka kat dia sampai la ke sekarang yang aq da start rindu2 kat die nie. --"  Kalau mak tau ni, mau mak pelangkong aq.. :D

And, dulu, aq perasan. Aq tahu. Dia macam ade sort of suke kat aq. Sebab? Time rehat, aq suka tidur, jarang makan. Sebab hostel dah provide lunch, buat ape nak bazir duit mak kan?:D And, aq tahu, dia akan ada dalam kelas gak waktu tu. Ada satu hari tu, time aq tgah tidur, dia berdiri belakang aq. Watching how I sleep, I guess. :D Lama. Sampai habis waktu rehat. Pastu, ada yang dia duk depan aq. Nasib waktu tu muka ngadap meja, xde la nampak buruk sangat. Aq perasan sebab bau perfume die. :D And, sebab dia tarik kerusi berbunyi. Nak skodeng pon agak2 la bro. :D And, sebab aq punya alertness n sensitivity level sangat tinggi. Aq boleh tangkap kalau ade org sebut nama aq. Kalau ade org pandang aq tak berhenti. :D

Member2 pon banyak cakap yang dia suka kat aq. Tapi aq tak amek pusing. Biarlah. Yang aq fikir waktu tu, die bukan nye serius tu. Biasalah, budak2 baru nak naik. :D

SEKARANG.

Bila dah fikir2 pasal dia nie. aq akan stalk FB dia. Heheh. Saja nak tau die nak buat apa. Then, ada kawan dia yang bagi hint kat aq yang dia dah macam suka kat someone. And I was like. HAHHH?? Sedih...tapi takleh buat apa..Penah tanya dia. Sebab ada satu post dia tu tulis mcm ni. "Alhamdulillah, mak aq dah bg greenlight nak kawen. Kepada orang tu, tggu aq datang meminang ye.."

Haha. Aq terus rasa tak sedap. Haha. Bunyi macam la aq ni makwe dia kan. Haha. Then, ada satu hari tu aq chat ngan dia. aq tanya. Dia cakap dia kena hack. Ahah. Dia cakap jodoh pon xdak lagi. Aq pon.. "oooo..macam tu ke".. Baru2 ni stalk lagi, kawan dia ada cakp lagi macam tu. Pon rasa xsedap.

AKHIRNYA.

Bila teringat kat dia, otak n hati serentak display 'TUNGGU'. Tunggu apa? Tunggu dia? Ntah. Ye kot. Aq rasa macam nak tunggu dia je. Tunggu untuk apa taktau. Sebab word tu jus appear dalam 2 organ penting kat aq tu. :D And, aq pon kata dalam hati, "kalau ada jodoh tak kemana, biar je lah dia nak appear/cross dalam kepala ni.. Buat dono je"

#tamat. rasenya ni la post paling panjang aq penah buat. :D Sekarang nak fokuskan diri lebih dekat padaNya. It' more worth, right? :)



Thursday 3 January 2013

Assalamualaikum..

OH YEAH!! Finally..berjaya letak lagu feveret..will work harder towards blogging! Wish me luck! :D


K..bye.. :D

Wednesday 2 January 2013

terBAEK 2012!!

Assalamualaikum..

Tadi dengar lagu2 kat HOT Fm.. And hari ni (1/1/2013) diorang pasang lagu2 hit or yang keluar masa tahun 2012 tuh.. And ade satu lagu tu yang aq suka sangat...first time dengar dah suka.. :)



Dan terjadi lagi
Kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani

Aku ingin kau merasa
Kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini mamanggil namamu
Karna separuh aku
Dirimu

Ku ada di sini
Fahamilah kau tak pernah sendri
Kerna aku selalu
Di dekatmu saat engkau terjatuh

Aku ingin kau merasa
Kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau pahami
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Kerna separuh aku
Dirimu

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Kerna separuh aku 
Menyentuh laramu
Selalu kamu telah menjadi milikku
Kerna separuh aku
Dirimu

Suka! >< SANGAT2! K, bye.. :P Assalamualaikum