Monday 27 May 2013

Aku

Assalamualaikum

Aku rindukan aku yang dulu
Yang tiada kisah apa terjadi
Yang bahagia tak terperi

Aku kini
Bukan aku yang dulu
Aku kini
Sudah berubah
Menjadi aku yang dibenci
Dibenci aku sendiri

Kembalilah aku yang dulu
Aku rindu aku

Aku yang bisa ketawa
Bisa mengawal emosinya
Bisa ketawa dalam duka
Bisa menangis kala ria
Bisa bertahan segalanya

Aku mahu AKU

*Bersajak pulakk. Tapi ini yang aq rasakan. Perubahan yang memakan diri. Dan membinasakan mereka di sekelilingku. Maaf. Tulus. Aku*

Sunday 26 May 2013

Mungkin.

Assalamualaikum. 

MUNGKIN..

Mungkin aku yang teremosi
Mungkin aku yang terlebih fikir sendiri
Mungkin kepenatan, tekanan
Semua benda serba tak kena

Masalah kecil, dibesarkan
Perkara biasa, diremehkan

Jangan difikirkan lagi, hati
Jangan diserabutkan lagi, hati
Jangan diterlebihkan bayangannya, andaiannya
Jangan.. wahai hati

Kerana mungkin kau yang lupa padaNya
Hingga semua perasaan yang kau lalui sekarang
Petanda Dia inginkan kau dekat padaNya, kembali

Biarkan..
Biarkan mereka dahulu
Biarkan kau rawat hatimu dulu
Kerana 

"Experience is the BEST teacher"

Jangan mengharap lagi
Kerana kau tahu jawapannya
Kerna kau tahu
Pisang tidak mahu berbuah dua kali..

Kerna telah diingatkan
Berulang kali!
Jangan disandarkan harapan, gantungan pada mereka
Kerna hanya Dia
Hanya Dia..
Setia menemanimu

Ingatlah, hati


Sabarlah hati
Pujuk dirimu
Tenangkan emosimu



#Sesungguhnya,Perasaan.Itu.Hanya.Aku.Dan.Dia.Tahu ;(

Friday 10 May 2013

Assalamualaikum.

HARI INI.

Turun bawah. 11.30 am.

"Laaa. Dah beli makanan ke? :(("

"Takpe la. Nanti pergi la beli dgn dorg. Alia dh makan td."

FEELING DOWN.

Turun bawah kali kedua. 1.00 pm.

"Hang nak basuh baju ka?"

"Tak. Nak ampai"

"Ooo. Ok."

Naik atas.

"Nak pergi beli makanan ke?"

"A'ah. Nak .."

"Nak ikut."

"Ok."

"Jap eh."

Turun bawah kali ketiga. 1.25 pm.

"Macam mana nak pasang payung ni"

"Korang nak pergi beli makanan ke? Jalan kaki? Dalam kereta Alia ada payung. Ambillah."

Senyap. Hanya mereka berbicara.

"Izni ada payung?"

"Kenapa? Nak payung ke?"

"A'ah. Sha nak guna. Panas ni kan"

Naik atas.

Turun bawah. Terus kelua. Makan. Balik.

Hanya ALLAH. Dan hanya aku. Faham aku.

#feeling overly sensitive today. Hanya kerana makanan.

Dan sedang berborak dgn dia. Dengan fake-happy walau hati sebu sebak terkilan. Kalau la dia dapat rasa ke-lain-macam-an aq.

Bukan tak nak bercerita. Bukan tak nak meluah rasa. Tapi takut.

Andai cerita itu bosan. Andai cerita itu memeningkan. Andai cerita itu tidak difahami oleh pihak yg sebelah sana.


KERANA

"Hanya ALLAH. Dan hanya aku. Faham aku."


#Dan titisan jernih itu mengalir dari tubir mata yang sudah ditahan sedaya upaya agar tidak pecah. End.