Sunday, 26 May 2013

Mungkin.

Assalamualaikum. 

MUNGKIN..

Mungkin aku yang teremosi
Mungkin aku yang terlebih fikir sendiri
Mungkin kepenatan, tekanan
Semua benda serba tak kena

Masalah kecil, dibesarkan
Perkara biasa, diremehkan

Jangan difikirkan lagi, hati
Jangan diserabutkan lagi, hati
Jangan diterlebihkan bayangannya, andaiannya
Jangan.. wahai hati

Kerana mungkin kau yang lupa padaNya
Hingga semua perasaan yang kau lalui sekarang
Petanda Dia inginkan kau dekat padaNya, kembali

Biarkan..
Biarkan mereka dahulu
Biarkan kau rawat hatimu dulu
Kerana 

"Experience is the BEST teacher"

Jangan mengharap lagi
Kerana kau tahu jawapannya
Kerna kau tahu
Pisang tidak mahu berbuah dua kali..

Kerna telah diingatkan
Berulang kali!
Jangan disandarkan harapan, gantungan pada mereka
Kerna hanya Dia
Hanya Dia..
Setia menemanimu

Ingatlah, hati


Sabarlah hati
Pujuk dirimu
Tenangkan emosimu



#Sesungguhnya,Perasaan.Itu.Hanya.Aku.Dan.Dia.Tahu ;(

No comments:

Post a Comment